RFID: JPJ beri tempoh enam bulan kepada pemilik kenderaan Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan tambahan tempoh selama enam bulan lagi kepada para pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura untuk memohon tag RFID.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Datuk Seri Shaharuddin Khalid, Ketua Pengarah JPJ ketika ditemui berkata, pelaksanaan sistem RFID yang diperkenalkan bersama-sama Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) telah ditangguhkan sebelum ini bagi memberikan masa kepada mana-mana pemilik yang masih belum berdaftar. 

Sehingga kini, rekod mencatatkan 230,000 unit kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang telah berdaftar untuk VEP, namun hanya 60,000 unit kenderaan sahaja yang memohon tag RFID. 

Ketika ditanya berkenaan soal kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS), Shaharuddin menjelaskan pihaknya masih tidak mengeluarkan saman terhadap para pemandu yang ingkar.

"Pada masa ini, kami hanya akan menahan mana-mana pemandu yang masih tidak memasang CRS untuk tujuan memberikan kesedaran dan mengingatkan tentang undang-undang yang akan dilaksanakan kelak. 

"Segala data yang diperoleh akan dikumpul untuk tujuan semakan," tambah beliau lagi. 

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
  Ketika ini, beliau berkata, kenderaan yang memasuki negeri ini menerusi Tambak Johor, perlu…
Informasi
  Antara inisiatif baharu yang dibincangkan ialah penggabungan Dewan Penumpang Bas di Kompleks…