Ribut di Sepang jejaskan fasiliti Litar Antarabangsa Sepang

oleh Penyumbang Rencana|
Hujan ribut yang melanda daerah Sepang, Sabtu lalu, turut menjejaskan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang terpaksa berdepan beberapa kerosakan fasiliti.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa ekoran insiden tersebut.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SIC, semua kontraktor dan pasukan keselamatan yang bertugas pada hari berkenaan berada dalam keadaan selamat.

“Berdasarkan penilaian awal, kawasan yang terjejas melibatkan kemusnahan bumbung yang tertanggal kanvasnya, pokok di sekitar SIC tercabut dan papan iklan turut mengalami kerosakan,” kata kenyataan pada Isnin.

Jelas kenyataan tersebut lagi, pihak pengurusan SIC sedang menilai sepenuhnya tahap kerosakkan yang dialami ekoran kejadian itu.

“Untuk memastikan keselamatan pelawat, kawasan tertentu di SIC akan ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikkan dilaksanakan,” ujar kenyataan itu.

Bagaimanapun, operasi harian SIC akan tetap diteruskan seperti biasa.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun kita tak capai 200,000 orang seperti yang disasarkan, kita masih berjaya catat 184,923…
Informasi
Dianjurkan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), program selama tiga hari di Litar Antarabangsa…
Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…