Ricardo bangunkan sistem hibrid HEX 6x6 untuk Ford Ranger

oleh Mohamad Hanif|
Ford baharu sahaja memperlihatkan varian baharu Ranger dengan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) yang bakal dipasarkan seawal tahun 2025.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Bagi mereka yang tidak sabar menanti, syarikat Ricardo telah membangunkan sistem HEX 6x6 untuk dipadankan pada Ford Ranger anda, lengkap dengan trenkuasa hibrid.

Sistem HEX 6x6 ini direka untuk meningkatkan kapasiti muatan asal Ranger sehingga 3,800 kg, selain menambahbaik keupayaan pemanduan off-road.

Ricardo menggunakan tetapan suspensi belakang De Deion yang lebih ringan dan teguh, selain berupaya untuk memisahkan sistem gantungan dan pacuan untuk lebih fleksibiliti.

Ricardo juga turut menawarkan varian 6x4 yang menggunakan gandar malas di bahagian belakang tanpa mengorbankan kapasiti muatan yang disebutkan tadi.

Tidak seperti Ranger PHEV yang menggunakan enjin empat silinder sebaris, Ranger 6x6 Ricardo ini menggunakan enjin V6 3.0 liter menghasilkan 249 hp, dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 282 hp.

Ranger HEX itu juga turut menampilkan sistem brek regeneratif yang mampu menyalurkan kembali tenaga kepada pek bateri ketika fasa nyahpecutan.

Kesemua komponen bervoltan tinggi itu dipakejkan dalam perumah tunggal yang boleh dipasangkan secara bolt-on pada mana-mana Ranger, dan boleh ditanggalkan kembali tanpa sebarang masalah.

Baca: Ford Ranger PHEV 2025

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk menjadikan Ford Ranger lebih bersedia untuk meredah apa jua halangan, Ricardo membuat…