Rimac Nevera pecah rekod EV terpantas di Nurburgring, Tesla kalah

oleh Mohamad Hanif|
Kegembiraan Tesla dalam mengecapi kejayaan EV terpantas di Litar Nurburgring nampaknya tidak bertahan lama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana pengeluar kereta elektrik dari Croatia, Rimac telah berjaya memecahkan rekod pusingan terpantas untuk kategori kenderaan elektrik di Litar Nurburgring, dengan catatan masa 7 minit dan 5.298 saat.

Sementara di litar yang lebih pendek (20.6 km), Rimac Nevera telah mencatatkan rekod sepantas 7 minit 0.928 saat.

 


Hypercar elektrik tersebut secara standard mempunyai trenkuasa motor elektrik yang mampu menjana kuasa setinggi 1,914 hp dan 2,360 Nm, dengan sumber kuasa daripada pek bateri berkapasiti 120 kWh.

Pecutan 0-96 km/j adalah sepantas 1.74 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 412 km/j, dan sepanjang percubaan tersebut ia telah dipasangkan dengan tayar Michelin Cup2R.
 

rimac


Sebagai perbandingan, Tesla Model S Track Pack dengan tiga motor elektrik berkuasa 1,020 hp dan 1,424 Nm itu telah mencatatkan pusingan sepantas 7 minit 25.231 saat, sekaligus mengalahkan Porsche Taycan Turbo S selaku pemegang rekod terdahulu.

Pemandu Rimac Nevera yang juga pelumba Martin Kodrić menyifatkan model tersebut sebagai sebuah hyper GT yang selesa dan mampu memecut pantas di dalam litar.
 

AMG One


Di litar yang sama, kategori kereta produksi terpantas telah dipegang oleh Mercedes-AMG One dengan catatan masa 6 minit 35.183 saat yang dibuat pada November 2022.

Menariknya, sebelum ini sebuah EV Nio EP9 dikatakan telah mencatatkan rekod sepantas 6 minit 45.90 pada tahun 2017, namun tidak diketahui sama ada keputusan tersebut dianggap sebagai keputusan rasmi ataupun tidak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Beberapa bulan selepas itu, Rimac kembali dengan rekod terbaharu.   Bukan rekod pecutan 0-400-0…
Berita Global
Dalam catatan terbaharu yang dibuat, Koenigsegg Regera berjaya melengkapkan pecutan 0-400-0 km/j…
Berita Global
Pencapaian ini sekaligus meletakkan jurang 146 km/j pada rekod terpantas yang pernah dicatatkan…