Rimac pecah rekod dunia kelajuan mengundur paling pantas, 275.74 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Bulan Mei tahun ini, Rimac membuat kerja gila dengan memecahkan sehingga 23 rekod dunia termasuklah rekod pecutan 0-400-0 km/j terpantas sebelum rekod tersebut diragut oleh model Koenigsegg Regera.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Beberapa bulan selepas itu, Rimac kembali dengan rekod terbaharu.
 

rimac


Bukan rekod pecutan 0-400-0 km/j yang mampu mengalahkan Koenigsegg, akan tetapi ia merupakan rekod kelajuan mengundur yang paling pantas di dunia.

Cubaan tersebut dibuat di fasiliti Automotive Testing Papenburg, Jerman, di mana Rimac Nevera yang dipandu secara mengundur itu berjaya mencecah kelajuan 275.74 km/j yang diiktiraf oleh Guinness World Records.
 

rimac


Kebanyakan kereta moden sukar untuk mencapai kelajuan yang tinggi sewaktu mengundur, disebabkan oleh had nisbah gear undur itu sendiri, serta had kelajuan yang dikenakan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini pada kelajuan mengundur yang tinggi.

Namun, Rimac Nevera secara teorinya boleh bergerak pantas dalam apa jua arah disebabkan oleh nisbah gear tunggal yang digunakan pada hypercar elektrik itu.
 

rimac


CEO Rimac, Mate Rimac berkata, "semasa pembangunan, timbul idea di mana Nevera mungkin mampu menjadi kereta paling pantas di dunia dalam pemanduan mengundur, tapi kami hanya mentertawakannya."

"Aspek aerodinamik, penyejukan dan kestabilan (Rimac Nevera) sememangnya tidak direka untuk pemanduan mengundur. Namun begitu, ia mungkin satu perkara yang menyeronokkan untuk dicuba.

"Simulasi kami menunjukkan kami boleh mencapai kelajuan 241 km/j, namun kami tidak mempunyai sebarang idea tentang kestabilan pemanduan pada kelajuan tersebut," jelasnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu contoh kereta GT ialah Rimac Nevera yang diakui sendiri oleh pengasas syarikat, Mate Rimac…
Berita Global
  Untuk makluman, selain syarikat kereta sendiri, Mate Rimac adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO…
Berita Global
  Mate seorang yang pintar dan berusia 21 tahun semasa mengasaskan Rimac Automobili pada 2009…