WING HIN MOTORSPORTS PAMER AKSI CEMERLANG ENDURANCE DI THAILAND

oleh Penyumbang Rencana 2|
JUARA Sepang 1000KM 2023 (S1K 2023), Wing Hin Motorsports melakar sejarah sekali lagi apabila ketiga-tiga jentera mereka menamatkan perlumbaan di Idemitsu Super Endurance 600 Asia Tenggara pada penampilan sulung di Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan yang beraksi di Litar Antarabangsa Chang, Thailand itu menyaksikan 64 buah kereta mengambil bahagian di grid permulaan.

 

WING HIN MOTORPSPORTS

 

Lebih menarik, salah satu jentera mereka yang dipandu Boy Wong dan Dannies Ng memenangi perlumbaan tersebut untuk kelas D4 iaitu Toyota Vios #438.

 

WING HIN MOTORSPORTS

 

Mereka bermula di grid keseluruhan pada tempat ke-36 namun berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan keseluruhan dan melengkapkan 275 pusingan selepas 10 jam perlumbaan.

Bagi kelas D3 pula, jentera Toyota Yaris #338 dipandu oleh Naquib Azlan dan Mitchell Cheah mendapat tempat keempat dan Toyota Yaris #339 yang dipandu oleh Amer Harris dan Nabil Azlan mendapat tempat ketujuh.

 

WING HIN MOTORSPORTS

 

Kedua-dua jentera Toyota Yaris menamatkan keseluruhan perlumbaan tersebut di kedudukan ke-10 untuk jentera #338 dan ke-18 untuk jentera #339.

Kemenangan Toyota Vios #438 kali ini juga menandakan kemenangan perlumbaan kedua kereta itu kerana ia kereta yang sama telah memenangi perlumbaan Endurance 1000KM (S1K) edisi 2022.

 

WING HIN MOTORSPORTS

 

Kemenangan kali ini juga merupakan sambutan kemenangan ketiga untuk pasukan Wing Hin Motorsports di Thailand tahun ini.

Sebelum ini, pasukan itu memenangi perlumbaan 400 Minit Idemitsu Super Endurance untuk kelas D5 dan juga juara keseluruhan Idemitsu Super Turbo Championship Junior (Normally Aspirated).

 

WING HIN MOTORSPORTS

 

Pengetua Pasukan Wing Hin Motorsports, William Loh berkata, perlumbaan hujung minggu itu menyaksikan mereka bersaing dalam Kelas D4 untuk segmen enjin dan juga Kelas D3 untuk perlumbaan keseluruhan.K

"Kami sangat teruja dengan keputusan walaupun begitu banyak ketidaktentuan dan detik-detik menegangkan di trek.

"Usaha lebih kuat akan ditunjukkan untuk perlumbaan akan datang selepas mencapai sasaran untuk perlumbaan kali ini dengan ketiga-tiga jentera kami beraksi cemerlang di Thailand," katanya.

 

WING HIN MOTORSPORTS

 

Penulis: Firdaus Razani 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan endurance pada 23 Disember itu akan berlangsung selama 10 jam di Litar Antarabangsa…
Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…