Royal Enfield lancar Hunter 350 - dari RM22,000

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Didi Group, pengimport dan pengedar rasmi produk Royal Enfield hari ini melancarkan motosikal model pertengahan mereka, Hunter 350.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggabungkan gaya roadster dengan karektor Royal Enfield, Hunter 350 nyata menerima sambutan yang menggalakkan di seluruh dunia. Di negara asalnya, India, Hunter 350 menerima lebih dari sejuta tempahan dan ia adalah model paling popular di sana.

 

2

 

Hunter 350 menggunakan enjin silinder tunggal 349cc J-series sejukan udara dan minyak dengan pancitan bahan api, sama seperti yang digunakan oleh Royal Enfield Meteor dan Classic 350. Ia menghasilkan 20.2 hp pada 6,100 rpm dan 27 Nm pada 4,000 rpm. Enjin ditala bukan sahaja untuk menghasilkan kadar daya tujah yang linear, tetapi agar ia turut menghasilkan bunyi ekzos yang unik.

Transmisi ialah 5 kelajuan.

Kerangka Harris Performance pula menjanjikan pengendalian yang lincah. Ia datang dalam dua variasi - Metro Rebel dan Metro Dapper di mana Rebel datang dengan kombinasi dua warna. Seperti biasa, variasi Royal Enfield lebih kepada grafik pada tangki bahan api.

 

3

 

Jarak pelana ke bumi hanyalah 800 mm dan ia mempunyai jarak roda yang pendek. Royal Enfield yakin penunggang kasual akan merasakan mudah untuk mengendalikan jentera ini.

Kedua-dua varian dilengkapkan dengan tayar 110/70 17” di hadapan dan 140/70 17” di belakang, dengan roda aloi tanpa tiub. Brek cakera tunggal 300 mm dari ByBre digunakan di hadapan sementara di belakang pula ialah satu unit cakera 270 mm, dan keduanya menggunakan sistem ABS dua-channel.

 

4

 

Lampu belakang adalah dari jenis LED dan panel meter mirip seperti model Royal Enfield yang lain. Menarik ialah kehadiran pengecas USB dan suis rotari klasik untuk lampu dan enjin.

Seperti biasa, Royal Enfield menyediakan aksesori dengan harga yang menarik untuk para pemilik. Royal Enfield Hunter 350 Dapper Series bermula dari harga RM22,000 dan varian Rebel Series pula ialah RM22,200.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tampil dengan gaya klasik bersama ciri moden, Bullet 350 untuk pasaran Malaysia hadir dengan versi…
Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…