Royal Enfield Super Meteor 650, pra-tempahan dibuka, pelancaran September ini, harga bawah RM40k

oleh Mohamad Hanif|
Didi Group selaku pengedar rasmi motosikal Royal Enfield telah memperlihatkan kehadiran motosikal cruiser Super Meteor 650 bertempat di Art of Speed 2023 yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, Royal Enfield Malaysia turut membuka tempahan di mana para pembeli dijangka akan menerima unit masing-masing menjelang akhir September tahun ini.
 

super meteor


Dari segi kuasa, Super Meteor 650 membawakan nadi parallel-twin 648 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 47 PS @ 7,250 rpm dan 52.3 Nm @ 5,650 rpm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan klac basah.

Biarpun berkongsi nadi 650 cc yang sama dengan Continental GT 650 dan Interceptor INT 650, Super Meteor 650 boleh dikatakan sebuah motosikal dengan binaan casis serba baharu.
 

SM650


Ia juga merupakan motosikal pertama RE untuk menampilkan unit lampu utama jenis LED.

Sistem suspensi pula terdiri daripada fork hadapan jenis USD (upside Down) bersaiz 43 mm dengan jarak gerak 120 mm di hadapan, diikuti dengan penyerap hentak berkembar dengan ciri larasan pra-muatan dan jarak gerak 101 mm di bahagian belakang.

Royal Enfield Super Meteor 650 menawarkan kapasiti tangki bahan api sebesar 15.7 liter, dengan ketinggian pelana sekitar 740 mm.
 

brake


Sistem brek pula terdiri daripada angkup rotor berkembar jenis terapung yang mencengkam cakera bersaiz 320 mm dan 300 mm di belakang, dibantu dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran.

Segala informasi penting boleh dibaca menerusi kluster meter gandingan analog-digital, di mana ia turut mempunyai sistem navigasi terbina yang digelar sebagai Royal Enfield Tripper.
 

RE


Terdapat lima warna menarik yang ditawarkan untuk Super Meteor 650 termasuklah Astral Black, Astral Blue dan Interstellar Green, sementara dua warna dua tona Celestial Red dan Celestial Blue pula dikhususkan untuk varian Tourer.

Harga jualan dijangka bermula bawah RM40,000.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tampil dengan gaya klasik bersama ciri moden, Bullet 350 untuk pasaran Malaysia hadir dengan versi…
Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…