Saintis Jepun hasilkan bateri lithium-ion lebih baik - bebas bahan kobalt

oleh HEZERI SAMSURI|
Penyelidik-penyelidik Universiti Tokyo telah berjaya membangunkan sebuah prototaip bateri lithium-ion tanpa penggunaan bahan galian kobalt yang mampu menyimpan 60 peratus lebih tenaga berbanding dengan bateri lain yang mempunyai saiz yang sama.

Kajian itu ialah untuk mencari penyelesaian kos galian kobalt yang mahal dan juga proses perlombongan galian itu yang tidak mesra alam sekitar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kobalt digunakan di dalam pembinaan bateri lithium-ion, di mana ia menjadi antara bahan untuk bahagian elektrod. Selain dari kobalt, galian nikel dan manganese juga diperlukan untuk struktur elektrod.

Pasukan penyelidik dari Universiti Tokyo menghasilkan elektrod menggunakan lithium, nikel, maganese, silikon dan oksigen, menjadikan bateri itu mampu memberikan voltan yang lebih tinggi.

Namun begitu, cabaran yang wujud dengan elektrod sebegitu ialah ia mudah rosak dan penggunaan berpanjangan adalah sesuatu yang sukar.

Pasukan Jepun itu berjaya mengatasi masalah tersebut dengan elektrod baharu mereka. Ujian menggunakan bateri prototaip bersaiz duit syiling itu membuktikan elektrod baharu mereka berfungsi, dan bateri itu masih mampu menyimpan 80 peratus tenaga selepas kitaran nyah caj sebanyak 1,000 kali.

Untuk berita penuh, layari artikel di Asia Nikkei.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perlumbaan untuk menghasilkan bateri lithium soild state adalah perlumbaan paling ketara sekarang…
Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…