Satu Lagi Punca Isteri Kaki-Kaki Kereta Makin Sakit Hati

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Stance Wars
Antara masalah "bagus" yang dihadapi oleh kaki-kaki kereta ialah pilihan yang banyak untuk kereta-kereta terpakai di dalam pasaran dengan harga yang cukup menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kereta-kereta terpakai dari jenama-jenama Eropah seperti Audi, BMW, Mercedes-Benz, Volvo, Volkswagen, dan sebagainya datang dengan harga yang munasabah dan paling menarik, alat ganti yang berlambak di mana pemilik boleh membuat pilihan samada untuk menggunakan alatganti asli, terpakai atau dari pihak ketiga mengikut bajet yang ada.

Tidak hairanlah kaki-kaki kereta di dalam negara mempunyai lebih dari dua atau tiga kereta, malah ada yang mempunyai lebih dari 10 buah pun.

Hobi ini sebenarnya menguntungkan negara kerana ia membantu menghidupkan perniagaan bengkel serta jualan dan pembuatan alat ganti kereta.

 

sumber gambar: Stuff.co.nz


Hobi mereka pun bukanlah penyebab utama kesesakan lalu lintas kerana pemilik-pemilik itu cuma boleh memandu sebuah kereta sahaja pada satu masa, sementara kereta yang lain akan ditinggalkan di ruang parkir.

Namun begitu di situlah timbulnya masalah – kereta-kereta itu ada yang hanya dipandu sekali seminggu atau jika pemiliknya sibuk, sekali dalam sebulan saja.

Ini bermakna insurans yang dibeli untuk kereta-kereta itu tidak digunakan secara optimum kerana ia tidak digunakan di atas jalan raya.
 

takaful


Dek masalah yang ‘bagus’ inilah, Takaful Malaysia menawarkan pakej takaful (insurans patuh syariah) yang cukup sesuai untuk kereta-kereta yang jarang dipandu itu.

Takaful myClick Motor FlexiSaver membenarkan anda untuk menyertai pelan takaful yang paling asas dengan harga yang rendah dan kemudian anda boleh membayar perlindungan tambahan apabila anda mahu memandu keluar kenderaan anda.

Perlindungan takaful yang dibayar secara harian pula membolehkan anda menjimatkan kos pemilikan kereta anda kepada yang paling minimum!
 

Golf


Namun begitu, usia kenderaan mestilah tidak melebihi 11 tahun, sesuatu yang mungkin mengecewakan tetapi sebenarnya tidak kerana ada banyak kenderaan terpakai atau baharu di bawah usia maksimum itu.

Anda boleh baca di artikel pada pautan ini (Takaful myClick Motor FlexiSaver, untuk pemilik banyak kereta atau kurang memandu!) untuk memahami lebih lanjut akan produk inovatif tersebut.

Paling penting sekali, penjimatan yang kita terima dari Takaful myClick Motor FlexiSaver itu boleh kita gunakan untuk membaiki kereta-kereta sedia ada, atau menambah koleksi anda lagi.

Cuma nasihat saya, sediakan jawapan sebelum si isteri muncul dengan soalan "Mana lagi awak nak letak semua kereta ni dekat rumah kita?!"

Berita Berkenaan

Informasi
    Pelincir ini selalunya digunakan untuk menghilangkan gris dan kotoran pada alat-alat logam…
Berita Global
Hanya pelumba Nasser Attiyeh dan Matthieu Baumel berjaya memperoleh tempat kedua di dalam jentera…