Jangan tidak tahu, waranti tanpa had perbatuan itu lengkap ditawarkan bersama pakej Bantuan Scania (Scania Assistance) tiga tahun dan Pengurusan Fleet Scania 10 tahun untuk semua trak yang dijual di Malaysia bermula hari ini.
Terdahulu, pakej Bantuan Scania sebelum ini tersedia untuk tempoh dua tahun sahaja.
Scania turut melanjutkan tempoh bantuan berkenaan setahun lagi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak tiga tahun.
Pengarah Urusan Scania bagi Pasaran Asia Tenggara, Marie Sjodin Enstrom berkata, pakej tersebut dinaik taraf bertujuan menghargai sokongan pengguna setia mereka selain mengurangkan kos operasi.
"Inisiatif ini seiring dengan visi Scania untuk memacu perubahan ke arah sistem pengangkutan yang mampan sambil mewujudkan suasana lebih baik untuk perniagaan, masyarakat dan alam sekitar.
"Pendekatan itu dianggap permulaan baharu kami dalam merealisasikan usaha memberikan keuntungan lebih kepada pelanggan menerusi operasi lebih cekap, pintar dan selamat," ujarnya.
Tambah Marie, penawaran terbaharu itu sekali gus membantu meletakkan Scania selaku penyedia solusi pengangkutan terbaik jauh dibandingkan dengan pesaing lain.