SDRAC-Hertz serah empat unit EV kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pemegang lesen francais eksklusif bagi Hertz Malaysia, Sime Darby Rent-A-Car (SDRAC) baru-baru ini telah menyerahkan empat unit kenderaan elektrik (EV) kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk kegunaan rasminya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penyerahan itu susulan daripada perjanjian pajakan EV yang ditandatangani antara SDRAC-Hertz dan MBIP ketika berlangsungnya pameran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2023 baru-baru ini.

 

2

 

Perjanjian pajakan dengan MBIP merupakan satu daripada dua usaha mobiliti hijau oleh SDRAC-Hertz yang bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan EV dalam perniagaan kereta sewa.

Usaha kedua yang dilakukan SDRAC-Hertz adalah melalui perluasan peranan syarikatnya sebagai rakan sewaan EV rasmi untuk IGEM hingga 2030 akan datang.

 

3

 

Melalui perjanjian itu Hertz di bawah seliaan SDRAC akan memajak empat EV, iaitu sebuah Hyundai Ioniq 5 Plus dan tiga unit Hyundai Kona E-Max kepada MBIP bagi tempoh setahun bermula Oktober 2023.

Perjanjian itu juga menjadikan Hertz sebagai syarikat sewaan kereta pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pajakan EV kepada sebuah majlis bandaraya.

 

4

 

MBIP pula menjadi majlis bandaraya pertama di Malaysia untuk memanfaatkan pajakan EV sebagai sebahagian barisan kenderaan dalam operasinya.

Perjanjian pajakan tersebut juga lengkap dengan pakej menyeluruh, termasuk jaminan tanpa had perbatuan, ketersediaan kenderaan ganti, penyelenggaraan, alat ganti, insurans, cukai jalan dan bantuan tepi jalan 24/7.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut adalah sebagai tindak balas positif kepada permintaan kukuh semasa perayaan Tahun…
Berita Domestik
Travelog itu bertujuan untuk mempromosikan agropelancongan, yang semakin popular di Malaysia,…