SEAT MO - Skuter elektrik dari pengeluar automotif SEAT

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengenalan SEAT e-Scooter yang dibuat pada tahun lalu, SEAT membuat keputusan untuk memperkenalkan secara rasmi model produksi di bawah jenama mobiliti urban baharu, SEAT MO.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah jenama baharu ini, SEAT MO melancarkan dua buah model skuter baharu, iaitu SEAT MO eScooter 125, dan SEAT MO eKickScooter 65.

 


Model eScooter 125 merupakan sebuah motosikal elektrik sepenuhnya yang menampilkan motor elektrik berkuasa 12 hp dan daya kilas sebesar 240 Nm yang dipasang pada roda belakang.

Ia membolehkan skuter ini memecut sehingga 95 km/j maksimum dan pecutan 0-50 km/j dalam masa 3.9 saat sahaja.

Pek bateri 5.6 kWh pula membenarkan jarak operasi sejauh 125 kilometer untuk sekali cas penuh.

 


Walaupun boleh dicaj menerusi slot yang terdapat pada motosikal, pek bateri ini boleh ditanggalkan dan dicas menggunakan soket kuasa di dalam rumah, dan sistem ini membolehkan pengguna menukar bateri dengan lebih mudah, terutama bagi pelanggan fleet.

Ciri praktikaliti yang didatangkan pada skuter ini termasuklah storan yang mampu memuatkan dua buah helmet di bawah tempat duduk, slot pengecasan USB dan aplikasi pengesanan lokasi menerusi peranti pintar.

Pengguna juga boleh memilih mod tunggangan seperti City, Sport dan Eco serta terdapat ciri gear undur bagi memudahkan lagi urusan seharian.

 


Sebuah lagi model skuter yang lebih ringkas, iaitu eKickScooter 65 yang melengkapi kehadiran model eKickScooter 25 yang kini dijual oleh SEAT MO.

SEAT MO eKickScooter 65 merupakan skuter elektrik yang mampu menawarkan jarak operasi sejauh 65 kilometer, terima kasih kepada pek bateri sebesar 551 Wh yang terpasang.

Dengan motor elektrik berkuasa 350 W, eKickScooter 65 ini berkeupayaan untuk mendaki laluan curam sehingga 20 darjah, namun kelajuan maksimum hanya dihadkan kepada 20 km/j sahaja.

 


Ia menampilkan tayar tanpa tiub pneumatik, ciri brek dram di bahagian roda hadapan dan brek elektronik di belakang.

Seperti skuter biasa, skuter ringkas ini turut menawarkan sehingga tiga mod tunggangan iaitu Eco, Drive dan Sport.

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…