Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup bermula malam Sabtu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebahagian laluan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua, dari arah Batu Maung ke Batu Kawan akan ditutup pada malam Sabtu hingga awal pagi, Ahad ini.

Menurut kenyataan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), penutupan itu akan bermula pada pukul 9 malam, Sabtu hingga pukul 5 pagi, Ahad bagi memberi laluan kepada program Viper Bridge 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Walau bagaimanapun, laluan keluar dari Bandar Cassia (Plaza Tol C) ke Lebuh Raya Utara-Selatan dan laluan masuk ke pulau dari arah Batu Kawan ke Batu Maung (Plaza A dan B Bandar Cassia, dan Plaza JK2PP) adalah dibuka seperti biasa,” katanya pada Isnin.

Kenyataan itu berkata, laluan yang terjejas akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara tersebut.

“JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang sebagai laluan alternatif keluar pulau dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan,” katanya.

Berita Berkenaan

Informasi
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat…
Berita Domestik
  "Catatan pada video itu dilihat palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam…
Informasi
  Katanya, laluan sehala keluar pulau dari arah Batu Maung ke Batu Kawan akan ditutup bermula jam…