Sedan elektrik BYD e3 ini tampil dengan transmisi manual untuk kegunaan sekolah memandu

oleh Mohamad Hanif|
Penggunaan transmisi manual pada kereta konvensional telah pun menjadi satu kelaziman walaupun peratusan penjualan dan pengguna yang menggunakannya semakin berkurangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia sedikit aneh apabila digandingkan dengan kereta yang dilengkapi trenkuasa elektrik, seperti yang ditonjolkan oleh sedan elektrik BYD e3 ini.

 


Ini kerana seperti yang diketahui umum, trenkuasa elektrik mempunyai kelebihan yang ketara, iaitu akses kepada daya kilas sepenuhnya sejak dari mula, tidak seperti enjin pembakaran dalaman.

Sedan elektrik BYD e3 ini sebenarnya dibangunkan untuk kegunaan sekolah memandu, dan ia lengkap dengan kotak gear manual, tiga pedal serta pedal tambahan di ruang penumpang hadapan untuk kegunaan guru sekolah memandu.

 


Lebih menarik, menurut laporan daripada Car News China lagi sedan ini turut didatangkan dengan beberapa mod pemanduan seperti economy, teaching, throttle lock dan sport yang dikhususkan untuk simulasi senario pemanduan yang berbeza.

Sayang sekali, EV dengan transmisi manual ini tidak ditawarkan secara meluas kepada pengguna di China buat masa ini.

 


BYD e3 ini datang dengan pek bateri berkapasiti 38 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 350 km.

Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…