Sedan seksi S60 dapat sisi gelap Black Edition, khusus untuk pasaran US

oleh Mohamad Hanif|
Khusus untuk pasaran Amerika Syarikat, Volvo Cars mengumumkan penawaran model sedan S60 Black Edition yang hanya dihasilkan sebanyak 450 unit terhad sahaja.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Pakej Black Edition ini boleh dipadankan pada mana-mana varian S60, termasuklah model standard, varian mild-hybrid, serta varian plug-in hybrid S60 Recharge.
 

S60


Sesuai dengan namanya, warna hitam berkilat boleh didapati pada beberapa bahagian seperti rim aloi bersaiz 19 inci, gril hadapan, logo Volvo, trim luaran, diikuti dengan tip ekzos yang dihitamkan.

Hanya dua warna luaran sahaja ditawarkan, iaitu Onyx Black Metallic atau Crystal White Metallic.
 

S60


Harga jualan S60 Black Edition ini bermula dari bawah julat $40,000 bergantung kepada trim yang dipilih.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana, dalam satu laporan terbaharu daripada Autocar, Volvo dikatakan telah menghentikan…
Berita Domestik
Volvo V60 Recharge T8 Inscription memiliki tanda harga bermula dari RM286,910, atau RM4,370 lebih…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada rakan media Paultan, kelibat model wagon itu sebenarnya telah pun dikesan…