Sedan VW Arteon berkubur 2024, digantikan dengan ID. Aero

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi model sedan Volkswagen bakal dikebumikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Automotive News, selepas penamatan model Passat di Amerika Syarikat, Volkswagen dilapor akan menghentikan penjualan sedan Arteon pada tahun 2024.

Difahamkan, sedan tersebut akan digantikan oleh model elektrik ID. Aero.
 

ID. Aero


Konsep sedan elektrik VW ID. Aero itu diperlihatkan buat kali pertama di peringkat global pada pertengahan tahun yang lalu, di mana sedan saiz pertengahan ini dijangka akan memberikan saingan kepada Tesla Model 3 dan BMW i4.

Dibangun menggunakan platform elektrik MEB, ID. Aero ini menampilkan pek bateri berkapasiti 77 kWh dengan jarak gerak sejauh 620 km mengikut data WLTP.
 

JEtta


Sebuah lagi sedan yang masih lagi dijual oleh VW adalah Jetta, di mana ia juga sedang mengalami kemerosotan permintaan di pasaran US.

Kira-kira sedekad lalu, VW berjaya menjual 183,262 unit sedan Jetta, sebelum angka tersebut menurun kepada 100,453 unit pada tahun 2019, 90,829 unit pada tahun 2020 dan 55,113 unit pada tahun 2021.

Tahun ini, VW sekadar menjual 23,791 unit sahaja sedan Jetta untuk tempoh enam bulan pertama.

Menurut VW, mereka merancang untuk memperkenalkan Jetta dengan rekaan yang diperbaharui pada tahun 2024, namun perancangan tersebut mungkin tidak akan dilaksanakan disebabkan kadar jualan model tersebut yang sangat perlahan.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…