Segway perkenal S-Pod - umpama kerusi beroda tiga, mampu capai 40 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Acara CES 2020 pada minggu lalu turut menjadi medan buat sesetengah pengeluar mempamerkan konsep yang serba aneh, namun tidak mustahil dengan kemajuan teknologi terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Segway yang terkenal dengan penghasilan kenderaan dua roda dengan ciri pengimbangan kendiri memperlihatkan sebuah konsep berupa kerusi bergerak dengan tiga roda, dikenali sebagai Segway S-Pod.

Sekali imbas, anda akan menyangka ia sebuah kerusi roda biasa, namun dengan jenama Segway yang terpampang, ia turut menampilkan keupayaan swa-imbang seperti produk yang lain.

Dengan berat bersih sekitar 150 kilogram, Segway S-Pod mampu bergerak sejauh 70 kilomter dengan kelajuan maksimum 40 km/j, lebih pantas berbanding kelajuan manusia berjalan. 
 


Dengan produk seumpama kerusi roda bermotor elektrik ini, anda tidak perlu lagi belajar mengimbangkan badan (penulis serik menggunakan produk ini!), cuma perlu duduk dan bergerak sahaja jika terlalu malas untuk berjalan kaki. 

Penjualan Segway S-Pod ini bakal bermula pada awal tahun 2021. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Apex H2 tampil dengan rekaan yang cukup kemas, dimulakan dengan lampu utama yang nipis, penghadang…
Informasi
Ninebot ialah sebuah syarikat China yang telah membeli syarikat terkenal Segway dari US - jenama…