Selangor, KL, Putrajaya beralih ke Fasa 2 Jumaat ini

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan bersetuju untuk membenarkan peralihan kepada Fasa 2 PPN untuk tiga negeri di Lembah Klang, iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa Jumaat ini.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan fasa itu sekali gus membolehkan tiga negeri itu dibenarkan rentas negeri dan tiada lagi sekatan jalan raya.

“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutama seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik.

“Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor…
Berita Domestik
Sistem dibangunkan Selgem Sdn Bhd (Selgem) mengaplikasikan penggunaan kamera pintar di papan pemuka…
Berita Domestik
  JAS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan tindakan tersebut diambil dalam Ops Bersepadu…