Warga asing isi minyak RON 95 di Rawang, KPDN Selangor jalankan siasatan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor sedang menjalankan siasatan berhubung kes tular sebuah stesen minyak di Rawang yang menjual petrol bersubsidi kepada warga asing, baru-baru ini menurut laporan dari Berita Harian

Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey, berkata siasatan itu membabitkan aduan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand mengisi RON 95 di stesen minyak berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada jam 9.16 pagi, Isnin lalu.

"Seorang lelaki disyaki warga Thailand membayar RM100 di kaunter bayaran untuk membeli minyak berkenaan dan semakan pada resit jualan mendapati kereta itu mengisi minyak petrol RON 95 sebanyak 48.8 liter," katanya pada sidang media di Pejabat KPDN Selangor di Shah Alam pada Jumaat.

Beliau berkata, pemilik premis iaitu lelaki berusia lingkungan 40-an sudah diberi notis arahan bagi mengemukakan dokumen mengikut Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, dokumen yang diperlukan itu sudah dikemukakan individu berkenaan dan disita bagi tindakan lanjut.

"Siasatan terperinci masih dijalankan dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Ini kes pertama yang direkodkan di Selangor pada tahun ini dan KPDN memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada semua pengusaha stesen minyak supaya tidak menjual petrol bersubsidi kepada warga asing," katanya.

Terdahulu, satu rakaman tular di laman X memaparkan dua individu mengisi petrol bersubsidi yang menimbulkan pelbagai reaksi negatif netizen yang mempertikaikan tindakan warga asing yang semakin berani melanggar peraturan ditetapkan Kerajaan Malaysia.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dalam operasi pada sebelah pagi semalam (Selasa) sahaja, kita berjaya menahan 23 warga asing…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, suspek berusia 40-an ditahan oleh sepasukan polis…