Seludup 6 ekor kambing dalam Triton, pemandu dan rakan ditahan

oleh SALINA JALIL|
Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas enam kambing seludup bernilai RM7,500 yang diangkut dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda di Rantau Panjang, semalam.


Kedua-dua lelaki berusia 23 tahun itu ditahan semasa kenderaan jenis Mitsubishi Triton dinaiki mereka melalui sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah di sini kira-kira pukul 9 malam.

 

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota bertugas telah menjalankan pemeriksaan di bahagian belakang pacuan empat roda itu sambil disaksikan oleh kedua-dua suspek.

 

“Hasil pemeriksaan anggota PGA telah menjumpai enam ekor kambing di bahagian belakang Triton yang telah ditutup menggunakan kanvas bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

 

“Kedua-dua lelaki berkenaan juga gagal mengemukakan dokumen sah berkaitan perjalanan muatan kambing yang dibawa kepada anggota yang bertugas” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Azhari memberitahu, kesemua barangan rampasan termasuk kenderaan bersama kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.

 

“Batalion 7 PGA akan melipat gandakan operasi kawalan keselamatan dalam usaha mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan,” tambah beliau.

 

 

 

-UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Global
Antaranya termasuklah keicar Delica Mini, diikuti oleh Triton, ASX, Colt, Xpander HEV dan sebuah…
Berita Domestik
Mohd Safiq Jamaluddin, 36, dalam perjalanan ke Hospital Rembau menghantar isterinya, Nor Anis Mohd…
Berita Domestik
MMM telah menjual 24,315 unit kenderaan dengan bahagian pasaran sebanyak 3.2 peratus yang…