Jadi, untuk menala sistem bunyi yang mampu menawarkan kualiti yang seimbang untuk setiap genre muzik yang dimainkan (mengikut kehendak pemilik), Rolls-Royce perlukan beberapa buah contoh lagu yang memiliki karakteristik tersendiri.
Proses kalibrasi sesebuah sistem bunyi di dalam kenderaan mewah bukanlah mudah, kerana aspek seperti kadar kesenyapan dan bunyi luaran juga perlu diambil kira.
Bagi memastikan setiap lagu dan not bunyi yang dihasilkan menerusi sistem bunyi 18 saluran dengan sempurna, Rolls-Royce menggunakan senarai 18 buah lagu ini untuk menala dengan lebih sempurna sistem bunyi keliling di dalam kabin kereta mereka.
Wish You Were Here – Pink Floyd
From Here to Eternity – Giorgio Moroder
Across the Lines – Tracy Chapman
Sad But True – Metallica
Bembe / Abakwa – Terry Bozzio
Klangfarben Melodie – Terry Bozzio
Know Your Enemy – Rage Against the Machine
Fistful of Steel – Rage Against the Machine
Passion - Gat Décor
Where Did You Sleep Last Night? – Nirvana
Stimela (The Coal Train) – Hugh Masekela
Hotel California – The Eagles, Hell Freezes Over
Paranoid Android – Radiohead
Lyric Lickin – Del The Funky Homosapien
Insomnia – Faithless
Raining in Baltimore – Counting Crows, Across a Wire: Live in New York City (Live)
Safe in New York City – AC/DC
Scrappy – Wookie
Marionette – Matthew Jonson
Intro – Nemesea, Pure: Live
Bass Solo – Nemesea, Pure: Live
Drum Solo – Nemesea, Pure: Live
Senarai yang digunakan di atas terdiri daripada genre yang meluas dan juga perspektif yang berbeza, jadi tidak kira apa juga lagu yang dimainkan oleh pemilik, sistem audio Rolls-Royce akan memastikan ia menghasilkan bunyi yang lebih sempurna dan enak didengari oleh telinga ketika dalam perjalanan.
Bagaimana pula dengan anda?
Sumber: DriveTribe, Spotify