Senarai lengkap pelumba PETRONAS Sepang Racing Team untuk musim 2021

oleh SALINA JALIL|
PETRONAS Sepang Racing Team melengkapkan senarai pelumbanya bagi musim depan dengan mengumumkan lanjutan kontrak bersama pelumba Moto2 pasukan, Jake Dixon sehingga penghujung 2021.


Pelumba berusia 24 tahun dari United Kingdom itu akan terus bergandingan bersama rakan sepasukannya di kem Moto2 PETRONAS Sprinta Racing Team musim ini, Xavi Vierge (Sepanyol) selepas menunjukkan peningkatan daripada sudut prestasi dan keputusan dari semasa ke semasa sejak mula menyertai pasukan awal musim ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saya sangat gembira dapat meneruskan saingan bersama pasukan untuk setahun lagi," kata Dixon.

 

"Ia sesuatu yang tepat untuk kedua-dua pihak untuk terus bersama, apatah lagi ini adalah musim pertama bersama pasukan serta casis Kalex dan kami semakin kuat bersama.

 

"Kami sudah mencapai beberapa perkara yang baik dan saya fikir kami mampu memikirkan untuk menjadi pencabar gelaran bagi 2021. Saya sangat gembira dan hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua di PETRONAS Sprinta Racing dan semua rakan kongsi kerana yakin kepada saya."

 

Dalam kem MotoGP, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) mengekalkan khidmat pelumba Itali, Franco Morbidelli dan bakal bergandingan bersama 'gurunya' yang juga juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi.

 

Semalam, kem Moto3 pasukan juga melengkapkan barisan pelumbanya dengan mengumumkan lanjutan kontrak pelumba dari Scotland, John McPhee yang bakal bergandingan dengan pelumba Afrika Selatan, Darryn Binder.

 

Dengan pengumuman itu, McPhee yang ketika ini berada di tangga kelima keseluruhan dalam senarai pelumba Moto3 bakal memasuki tahun kesembilannya dalam kelas berkenaan sejak mula menyertai kejuaraan secara sepenuh musim pada 2013.

 

INFO

PETRONAS Yamaha SRT (kelas MotoGP)

Valentino Rossi (Itali)

Franco Morbidelli (Itali)

 

 

PETRONAS Sprinta Racing Team

 

Moto2

Xavi Vierge (Sepanyol)

Jake Dixon (United Kingdom)

 

Moto3

John McPhee (Scotland)

Darryn Binder (Afrika Selatan)

 

 

BH

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…