Seni reka bentuk Lotus Emeya, garis badan main peranan penting

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lotus Emeya
Lotus Emeya
Kehadiran tiga model elektrik seperti Evija, Eletre dan terbaru Emeya membawa lembaran baharu kepada reka bentuk Lotus.

Eletre sebagai contoh nampak pelik pada pandangan pertama namun kekal dengan lenggok bahasa reka bentuk Lotus.

Ketiga-tiga model itu ibarat membawa satu kenyataan bahawa inilah Lotus era baharu selain memperkenalkan teknologi pacuan elektrik.

Pengenalan Emeya juga mengejutkan kerana dibuat dalam bentuk sedan. Bukan terlalu mengejutkan kerana Lotus pernah mengeluarkan sedan Carlton sebelum ini.
Lotus Emeya 2024

 

Dari segi reka bentuk, garis badan tunggal pada sisi kereta daripada muncung depan sehingga ke lampu belakang merupakan reka bentuk asal atau asas kepada Emeya.

Garis itu tidak jelas ditonjolkan namun boleh dilihat melalui lakaran di dalam artikel ini.

Garis tersebut membentuk kedudukan Emeya yang rendah atau hyperstance, perkadaran dan reka bentuk keseluruhan selain membawa gaya tradisi Lotus.

 

Lotus Emeya 2024

 

Garisan samar pada badan kereta ditunjukkan dengan jelas pada lampu belakang LED yang nipis. Dari gabungan rekaan yang samar dan jelas boleh dilihat kehalusan reka bentuk Lotus. 

Seperkara lagi, reka bentuk badan Lotus tidak tenang dan sarat dengan lekukan dan permukaan beralun.

Ciri tersebut dan satu lagi signatur boleh dilihat pada lapan saluran udara yang dipanggil porosity dan kesinambungan daripada model-model terbaru Lotus.

 

Lotus Emeya 2024

 

Liang tersebut mengalirkan udara bagi meningkatkan prestasi, penyejukan bateri dan reka bentuk yang menyerlah.

Emeya juga mempunyai pusat graviti rendah atau dipanggil Lotus sebagai hyperstance.

Peletakan bateri di antara roda dan rapat ke jalan menampakkannya sebagai sebuah kereta sport sejati dengan bentuk ke depan atau cab-forward.

 

Lotus Emeya 2024

 

Jarak roda panjang dan juntaian (overhang) pendek membantu dalam membentuk imej tegap dan kedudukan yang dinamik.

Lengkungan roda mengembang pula merupakan signatur kereta jalanan dan lumba Lotus yang boleh dijejaki sejak era 50-an dan 60-an.

Reka bentuk dalaman Emeya tampil mewah dan perkara asing untuk mereka yang sudah terbiasa dengan Elise dan Exige.

 

Lotus Emeya 2024

 

Walaupun berbeza, Lotus tidak alpa sebagai contoh garis lurus nipis pada bahagian tengah papan pemuka menjadi perakuan kepada falsafah pengurangan berat Colin Chapman.

Skrin besar, butang dan suis mewah bukan identiti yang sinonim dengan Lotus namun memberi isyarat bahawa syarikat sudah melangkah ke era baharu.

Reka bentuk Emeya diterajui Ben Payne, Naib Presiden Reka Bentuk Lotus Group dan sebelum ini pernah bersama GM, Bugatti dan Aston Martin Lagonda.

 

Lotus Emeya 2024

 

Secara keseluruhannya, Emeya nampak berbeza dan jika diamati boleh dilihat DNA pada sedan ini.

Bahagian depan tampil garang, badan tepi berlekuk dan beralun dan disimpulkan melalui sebaris lampu belakang.

Emeya adalah sebuah kereta dengan pelbagai karakter dan untuk sebuah jenama yang mahu bangkit, inilah lonjakan yang perlu dilakukan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lotus Emeya 2024

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
  Tahukah anda? Emeya mampu menyiapkan sehingga 25 trilion operasi dalam tempoh sama yang…
Berita Global
Dengan kehadiran Emeya, ia sekaligus bakal memberikan cabaran kepada sedan elektrik pantas seperti…