SEPARUH PENGEDAR FORD MENOLAK UNTUK MENJUAL EV

oleh Penyumbang Rencana 2|
BARU-BARU ini dilaporkan di Amerika Syarikat, terdapat pengedar Ford yang memutuskan bahawa tidak akan menjual kereta eletrik (EV) pada 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hubungan antara Ford dan pengedarnya agak tidak konsisten berikutan bilangan yang akan menjual EV bermula pada tahun 2024.

Kerana pada penghujung 2022, kira-kira hanya 65 peratus pengedar sahaja yang mendaftar walaupun perlu membayar sekurang-kurangnya $500,000 (RM2.3 juta) untuk latihan dan peralatan.

Perkara ini menjadikan penjualan dan selepas jualan jenama Ford akan menjadi perlahan di Amerika Syarikat.

Buat masa kini, Ford mengesahkan bahawa kira-kira 1,550 peniaga sudah mendaftar untuk program Model E, bilangan tersebut merupakan separuh daripada semua pengedar Ford di negara tersebut.

 

ford ev

 

Bagi pengedar yang tiada “Model E Certified”, mereka tidak akan mempunyai peralatan yang sama dan tidak akan mempunyai latihan yang sama untuk keperluan perkhidmatan EV.

Pada masa yang sama, pengedar juga tidak perlu membayar untuk latihan dan peralatan EV tambahan yang diperlukan oleh Ford.

Menurut jurucakap Ford, Marty Gunsberg, kepada Detroit Free Press, mereka tidak terlalu kecewa dengan perkara tersebut kerana kadar penggunaan EV di negara tersebut berbeza-beza.

“Pengedar Ford telah melengkapkan penilaian pasaran tempatan mereka sendiri, pendaftaran untuk 2024 hanyalah lebih daripada 50% daripada rangkaian.

 

ford ev

 

“Ia meletakkan 86% daripada populasi dalam jarak 32KM dari pengedar Ford yang boleh menjual dan memberi perkhidmatan kepada Ford EV.” katanya.

Ford telah mengurangkan pelan EVnya baru-baru ini, termasuk mengecilkan saiz kilang bateri yang sedang dalam pembinaan, mengurangkan perbelanjaan EV dan menyemak semula matlamat pengeluaran EVnya untuk 2024.

 

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…