Setia sehingga hujung nyawa - pemilik Beetle 1966 terima hadiah istimewa daripada VW

oleh Mohamad Hanif|
Menurut sejarah yang tercatat, Kathleen Brooks, seorang wanita yang memiliki Beetle merah ini sejak Disember 1966 menggunakan kereta ini untuk ke tempat kerja selama hampir 51 tahun tanpa jemu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kisah beliau yang bekerja di pusat pemulihan pesakit kanser dan telah berjaya menempuh tiga dugaan besar sebagai seorang pesakit kanser ini berjaya menarik perhatian Volkswagen. 
 


Hadiah yang amat bermakna tidak lain dan tidak bukan ialah dengan menjadikan kenderaan harian beliau dengan nafas yang lebih segar dan baharu - secara percuma. 

 


Proses restorasi Annie (nama panggilan kereta tersebut) mengambil masa kira-kira 11 bulan di kilang pemasangan Mexico, dengan menggantikan hampir 40 peratus peralatan yang sudah lusuh atau kira-kira 357 komponen.
 


Selain daripada itu, mereka turut menggantikan peralatan seperti sistem brek cakera, sistem radio vintaj, wiring harness, sistem suspensi baharu dan membina kembali enjin dan transmisi.


Menggunakan rujukan daripada bekas warna yang masih tersisa di dalam glove box, pasukan restorasi tersebut kemudian mengembalikan warna asal kereta Beetle ini.  
 


Menurut pengurus projek dan jurutera mekatronik Augusto Zamudio berkata, idea di sebalik proses restorasi ini bukanlah bertujuan untuk menghasilkan Beetle bertaraf pameran muzium, sebaliknya mereka mahukan Brooks terus memandu dan menikmati pemanduan Beetle ini sehingga akhir hayat. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebabkan terlalu cintakan Beetle, pasangan anak-beranak Scott Tupper dan bapanya membuat…
Berita Domestik
  Models Harga Termasuk Cukai Jualan Harga Tanpa Cukai Jualan…
Berita Domestik
  Peraduan yang  berdasarkan tagline Volkswagen, ‘Better experienced than explained’.   Untuk…