Terdiri daripada empat peringkat - Member, Silver, Gold dan juga Platinum di mana setiap satu meningkatkan tahap ganjaran apabila ahli mengumpul lebih banyak mata BonusLink di Shell menerusi pembelian bahan api, snek atau pelincir.
Bergantung kepada status peringkat, ahli BonusLink boleh mendapat peluang untuk menikmati ganjaran dan faedah seperti tiga kali poin BonusLink, promosi Deli2Go dan Upsize Coffee, diskaun barangan Shell, manfaat ulang tahun dan banyak lagi.

Menurut Seow Lee Ming, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd berkata, "sebagai peruncit mobiliti, kami sentiasa berevolusi bersama pelanggan kami dan berusaha untuk memberikan kualiti pada setiap titik sentuh.
"Kerjasama dengan BonusLink membolehkan kami memberikan ganjaran yang lebih kepada para pelanggan kami setiap kali mereka berhenti mengisi minyak dan membeli barangan ke stesen minyak kami.
Ahli BonusLink sedia ada kini boleh berkunjung ke stesen minyak Shell berdekatan untuk menggandakan mata ganjaran mereka.
Pengguna baharu pula boleh mendaftar di bawah BonusLink di mana-mana stesen minyak Shell berdekatan atau dengan memuat turun aplikasi BLINK untuk membuat pendaftaran.