Shell Malaysia lancar minyak enjin diesel tugas berat Rimula R4X, bekas 18 liter baharu

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memperkenalkan minyak enjin tugas berat Shell Rimula R4X dalam bekas baharu bersaiz 18 liter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pengenalan bekas 18 liter baharu itu, Shell Rimula R4X 15W40 (RRP: RM343.00) kini menyediakan sehingga lima saiz berbeza untuk keperluan setiap pelanggan, iaitu dram 209 liter, bekas 20 liter, bekas lima liter dan pek satu liter.
 

Shell


Shell Rimula R4X dirumus untuk trak bersaiz kecil/sederhana, serta peralatan berat dengan teknologi Dynamic Protection inovatif yang menawarkan perlindungan tiga kali ganda dengan manfaat seperti kawalan asid dan kakisan sehingga 50 peratus lebih baik, kawalan kehausan sehingga 30 peratus lebih baik dan mengekalkan kebersihan enjin sehingga 50 peratus lebih baik dengan mengurangkan penghasilan enap cemar pada bahagian enjin.  

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata, "kami percaya para pelanggan kami di Malaysia akan menghargai pengenalan bekas baharu ini yang lebih mudah dibeli dan dibawa pulang dari mana-mana kedai alat ganti sah atau bengkel bebas.
 

shell


Ia juga dilihat membantu mengurangkan pembaziran dan menjadikan Shell Rimula R4X lebih ekonomi.
 
Buat masa ini, minyak mineral seperti Shell Rimula R4X masih menguasai anggaran 89 peratus pasaran minyak enjin tugas berat di Malaysia, walaupun terdapat pelbagai pilihan pelincir sintetik yang lebih cekap di pasaran.

Shell Malaysia akan berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang manfaat penggunaan minyak sintetik di kalangan pengguna.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Advance Long Ride merupakan minyak enjin motosikal 4T sintetik sepenuhnya dengan PurePlus…
Berita Domestik
Dalam majlis yang dianjurkan secara maya, wakil daripada 10 buah kelab kereta iaitu Proton…
Berita Domestik
Menerusi kempen musim perayaan 'Anda Beli, Kami Derma' yang kini memasuki tahun kelima, Shell…