SIC bersedia untuk acara permotoran terbesar di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selaku penganjur Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2018 kini sudah bersedia dan memberikan sentuhan terakhir untuk acara perlumbaan edisi ke-28 demi menjadikan acara Malaysian GP terbaik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua marque berhawa dingin telah dipenuhi sejak awal bulan lalu termasuklah kotak pit sementara untuk pasukan Moto2TM dan Moto3TM; malah perlumbaan pusingan terakhir IDEMITSU Asia Talent Cup yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini di Sepang.

Dato' Razlan Razali selaku ketua penganjur acara semalam telah berjumpa dengan 500 orang sukarelawan termasuklah marshal litar, petugas medik, usher, petugas hospitaliti,  dan staff Media Centre dalam sesi orientasi dan latihan terakhir di beberapa lokasi sekeliling litar Sepang. 
 


Menurut Dato' Razlan yang menyambut ulang tahun ke-10 sebagai CEO SIC pada tahun ini berkata, "kami telah bersedia untuk acara permotoran terbesar di Malaysia, dan akan menunjukkan prestasi yang terbaik kepada dunia."

Program rasmi Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2018 dimulakan dengan sesi latihan bebas pada hari Jumaat, manakala acara sampingan akan bermula pada pada seawal minggu ini. 

"Program umum kami bersama para peminat dimulakan dengan sesi perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Selasa, manakala sesi Teh Tarik bersama para pelumba MotoGP pula akan berlangsung pada hari Rabu di NZ Curry House Garden Cafe, KLCC.
 


"Pasukan yang bertanding juga akan menganjurkan sesi sidang media dan program promosi bersama para peminat, jadi minggu ini bakal menjadikan Kuala Lumpur satu minggu yang amat menarik," ujar beliau. 

Bagi memastikan perjalanan acara MotoGP ini berjalan lancar, SIC turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Imigresen di KLIA serta Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar sepanjang hujung minggu. 

Antara acara yang menarik yang turut serta ialah Karnival Mega MotoGP yang bakal menampilkan 95 pempamer dan peruncit barangan sukan permotoran, aksesori motosikal, makanan dan aktiviti permainan yang menarik termasuklah perlumbaan pocket bike dan sesi tandatangan bersama para peminat. 
 


Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pegawai Akhbar National SIC, Nor Lina Ayob di alamat [email protected].

Tags

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…