SIC janji pengalaman unik sepanjang GP Motosikal Malaysia (21 - 23 Oktober)

oleh SALINA JALIL|
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjanjikan pengalaman unik kepada penonton yang hadir bagi menyaksikan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia yang akan berlangsung di Sepang pada 21 hingga 23 Oktober ini.


Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata perlumbaan kali ini mengangkat tema 'Welcome Home' bertujuan meraikan perlumbaan berkenaan yang kembali selepas dua tahun tidak dapat dianjurkan disebabkan pandemik COVID-19.

 

"Welcome Home bukan hanya bermaksud mahu semua penonton hadir semula menyaksikan MotoGP di Sepang tetapi kami mahu mereka merasai pengalaman berbeza yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

 

"Bermakna penonton bukan sahaja datang semata-mata mahu menyaksikan perlumbaan MotoGP, tetapi banyak lagi aktiviti lain yang akan berlangsung dan boleh disertai oleh mereka," katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Balai Berita, yang menempatkan pejabat New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Kumpulan NST, Ahmad Lokman Mansor serta Pengarang Eksekutif (Kandungan) Harian Metro, Muhamad Safar Ahmad.

 

Azhan berkata lebih 100 vendor juga akan terbabit dengan penjualan dan pameran pelbagai produk mereka sepanjang tiga hari berlangsungnya saingan MotoGP Sepang.

 

"Ada ruang legar penjualan makanan dan minuman (F&B). Selain itu pelbagai bentuk hiburan juga akan berlangsung selama tiga hari itu termasuk kehadiran artis yang akan menghiburkan orang ramai," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…