Sime Darby beli 61.2 peratus kepentingan UMW Holdings bernilai RM3.57b

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Konglomerat Sime Darby Sdn Bhd diberitakan telah membeli 61.2 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada RM3.57 billion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah itu kini menjadi antara pengambilalihan terbesar di Malaysia, sekaligus meluaskan portfolio Sime Darby kapada semua golongan pembeli.

Secara strategik, Sime Darby kini menjadi pemain automotif terkemuka di negara ini dengan penambahan jenama pasaran volum tinggi iaitu Toyota dan Perodua, sekaligus menguasai sehingga 60 peratus daripada jumlah industri automotif domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Jeffri Salim Davidson berkata pengambilalihan itu akan melengkapkan portfolio premium hingga mewah sedia ada Sime Darby, iaitu BMW, Rolls-Royce dan Porsche.

Lebih utama lagi, pembelian itu membolehkan Sime Darby meningkatkan skala operasinya di Malaysia, sekaligus mengimbangi sebarang risiko geopolitik dalam rantau ini daripada dua pasaran utamanya iaitu China dan Australia.

Menurut Jeffri juga, susulan perjanjian penjualan saham (SPA) bersyarat yang ditandatangani dengan PNB hari ini, pihaknya akan mendapatkan persetujuan daripada kalangan pemegang saham pada mesyuarat November ini.

Beliau berkata transaksi RM3.57 billion berdasarkan RM5 sesaham mengikut SPA itu merupakan keuntungan bersifat tambahan dan akan memberi manfaat kepada pemegang saham Sime Darby serta pemegang unit PNB dalam jangka masa panjang.

 

Artikel asal Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia juga membuktikan Xpeng serius dalam usaha untuk memasarkan produk mereka untuk pasaran Panduan…
Model Terbaharu
Menurut Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, mendedahkan kehadiran Sime Darby…
Hezeri Samsuri
Atto 3 dijual di Malaysia pada harga bermula dari RM150,000, hampir sama dengan harga di Thailand…