Sime Darby selesai ambil alih UMW pada harga RM5.84 bilion

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sime Darby Bhd menyelesaikan pengambilalihan 100 peratus UMW Holdings Bhd (UMW) pada Khamis dengan harga RM5.84 bilion, menjadikannya anak syarikat milik penuh.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson, berkata peristiwa penting itu merupakan petunjuk jelas kepercayaan pasaran terhadap hala tuju strategik kumpulan itu dan nilai yang ia sedia cipta bersama UMW.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Keutamaan utama kami sekarang ialah melengkapkan integrasi UMW ke dalam ekosistem Sime Darby yang lebih luas.

"Memanfaatkan kekuatan kolektif kami, terutamanya dalam sektor automotif dan perindustrian, ini akan membolehkan kami mengukuhkan kelebihan daya saing dan mengembangkan jejak domestik untuk terus memacu pertumbuhan jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan.

Jeffri Salim berkata, pengambilalihan itu juga selaras dengan pelan induk strategi lima tahun Sime Darby untuk mengembangkan perniagaan industri dan permotoran teras merentasi pasaran serantau utama dan mengukuhkan sumbangan pendapatannya dari Malaysia.

Langkah itu mengesahkan komitmen kumpulan untuk memacu inovasi dan pertumbuhan sambil menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan UMW, Mustamir Mohamad, berkata menyertai keluarga Sime Darby sebagai unit perniagaan utama menandakan lembaran baharu yang menarik, membolehkannya memanfaatkan peluang baharu dan berkongsi kepakaran.

"Sambil memastikan kesinambungan perniagaan yang lancar semasa penyepaduan, kami berharap untuk terus berkembang sebagai sebahagian daripada Sime Darby, kerana kami kekal teguh dalam komitmen kami untuk menyampaikan kecemerlangan kepada semua pemegang kepentingan kami," katanya.

Sime Darby berkata, pada Ogos 2023 bahawa ia mengambil alih 61.2 peratus kepentingan dalam UMW daripada syarikat induknya Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada RM3.57 bilion, diikuti dengan tawaran am mandatori untuk membeli baki kepentingan ekuiti sebanyak 38.8 peratus pada kira-kira RM2. 27 bilion.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Oleh itu, UMW telah menjadi anak syarikat tidak langsung Sime Darby," kata syarikat itu dalam…