Singapura mulakan operasi 10 unit pertama bas dua tingkat berkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk mengurangkan lagi jejak karbon di dalam sektor pengangkutan awam, Singapura mengorak langkah seterusnya dengan membawakan 10 buah bas dua tingkat berkuasa elektrik baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bas tersebut akan berkhidmat di laluan 983 Choa Chu Kang, laluan 189 Bukit Batok dan Clementi, serta laluan 83 di Punggol dan Sengkang.

Kesemua bas dua tingkat tersebut dibekalkan oleh konsortium China Yutong-Nari yang dikatakan lebih mesra alam sekitar, lebih senyap dan lebih mesra pengguna jika dibandingkan dengan bas konvensional.

Penggunaan bas baharu ini menelan kos dua kali ganda jika dibandingkan dengan bas diesel biasa, namun menurut Land Transport Authority (LTA), mereka berharap kos tersebut bakal menurun selari dengan perubahan teknologi dan penggunaan yang lebih meluas.

 


Tambah LTA lagi, pengenalan bas elektrik ini diharap bakal memberikan lebih pemahaman terhadap cabaran dalam menggunakan dan menyelenggara bas sesuai dengan keadaan iklim tropika dan kondisi trafik Singapura.

Difahamkan, ini merupakan 10 unit pertama daripada fleet 60 bas elektrik yang bakal beroperasi sepenuhnya menjelang tahun hadapan, dan dijangka mampu mengurangkan emisi karbon dioksida kepada hampir 8,000 tan setahun (menyamai emisi 1,700 unit kereta).

Kapasiti bas elektrik dua tingkat ini mampu membawa sehingga 120 orang pada satu-satu masa, 10 peratus kurang berbanding bas konvensional disebabkan kehadiran pek bateri dan panel pengecasan.

 


Kerajaan Singapura juga turut merancang untuk meningkatkan slot pengecasan kepada 28,000 daripada 1,700 poin pengecasan sedia ada menjelang tahun 2030, tahun di mana Singapura bakal menamatkan penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis dan pakar sistem pengangkutan, Abi Sofian Abdul Hamid, berkata jajaran itu,…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Global
Timbalan pengurus besar kementerian itu, Daw Myat Mon Thein memberitahu pada Xinhua "Kami kini…