Sistem bida atas talian JPJ untuk nombor plet bermula hari ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Bidaan yang berlangsung selama lima hari itu akan berakhir pada 19 April, jam 11.59 malam.

Bidaan boleh dilakukan di portal www.JPJeBid.gov.my atau melalui aplikasi telefon JPJeBid. Ia terbuka untuk semua warganegara Malaysia atau penduduk tetap yang berusia 18 tahun ke atas serta Perniagaan/Syarikat yang berdaftar. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaubagaimanapun, orang awam atau syarikat yang tidak pernah mempunyai rekod di sistem Mysikap seperti rekod kenderaan, lesen atau saman dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan JPJ kecuali UTC.

Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minima yang telah ditetapkan seperti ketetapan berikut:

 

plet fc

Kaedah pembayaran bidaan dalam JPJeBid adalah hanya menggunakan kad kredit tempatan sahaja. 

Setiap individu  hanya  layak  untuk memenangi maksimum tiga (3) nombor kenderaan manakala bagi Perniagaan/Syarikat adalah tidak melebihi lima (5) nombor kenderaan sahaja.

Selamat membida!

Berita Berkenaan

Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…
Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bertujuan meningkatkan nilai…
Berita Domestik
Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan…