Sistem pembayaran terbuka kutipan tol dilaksanakan di 12 plaza tol bermula September ini

oleh Penyumbang Rencana|
Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang dijangka bermula September ini akan melibatkan 12 lebuh raya bagi memudahkan proses pembayaran tol untuk pengguna lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.


Beliau berkata ia membabitkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Selain itu, ia termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

"Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang diperkenalkan ini adalah sebagai satu daripada usaha dan inisiatif kerajaan yang komited dalam peralihan ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol secara Multi-Lane Fast Flow (MLFF) yang dijangka dapat direalisasikan secara berperingkat menjelang 2024," katanya pada Majlis Perasmian pembukaan Fasa dua Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Plaza Tol Alam Damai, pada Rabu.

Menurutnya, sistem pembayaran terbuka itu bagi membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit untuk memudahkan dan melancarkan laluan di plaza tol.

Beliau berkata semua plaza tol di Lebuhraya SUKE juga telah direka bentuk dengan mengambil kira pelaksanaan MLFF.

Ketika ditanya sama ada sistem tersebut akan dilaksanakan di semua lorong tol, Nanta berkata ia akan dilaksanakan secara berperingkat di semua plaza tol mengikut kesesuaian.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara lebuh raya yang sudah menyediakan perkhidmatan tersebut: • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA…
Informasi
Kemudahan pembayaran baharu itu melengkapi perkhidmatan pembayaran sedia ada termasuk Touch 'n Go (…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa melawat…