Sistem subsidi diesel akan ditambahbaik - kerajaan

oleh Mohamad Hanif|
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sistem pemberian subsidi diesel sedia ada akan dikekalkan namun pelaksanaannya akan diperbaiki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelasnya, ini kerana tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion pada tahun lalu dan penggunaan diesel melonjak 37.7 peratus iaitu 6.1 billion liter kepada 8.4 billion liter tahun sama.

"Peningkatan mendadak penggunaan diesel berbanding jumlah kenderaan diesel membayangkan berlaku ketirisan melalui penyeludupan yang perlu ditangani segera," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Majis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bangunan Perdana Putra, di sini pada Isnin.

Kerajaan juga kini sedang memperincikan jenis-jenis kenderaan yang boleh digunakan untuk menikmati subsidi diesel, dan memperluaskan pemberian diesel bersubsidi kepada sektor pengangkutan darat (barangan) melalui mekanisme fleet card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKSD).

Beliau berkata, langkah itu akan memastikan sektor logistik yang menguruskan edaran barangan menerima diesel bersubsidi, sebagai sebahagian dari usaha kerajaan mengekang inflasi.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"MCMC sudah kenal pasti lapan hingga 10 penyebar (berkaitan mesej palsu kononnya subsidi diesel…