SJR: Lelaki mabuk langgar dua sekatan jalan raya

oleh SALINA JALIL|
Gambar dari Juwan Riduan/Harian Metro
Seorang lelaki ditahan polis selepas kereta dipandunya merempuh dua sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melamam, di Sipitang, semalam.


Suspek warga tempatan berusia 36 tahun itu ditahan di tepi jalan Kampung Bangsal, Sindumin, kira-kira satu kilometer dari lokasi SJR selepas tayar keretanya pecah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian jam 1.30 tengah hari itu, sebuah kereta Perodua Kancil dari arah Sipitang menuju ke Tenom merempuh SJR walaupun terdapat papan halangan polis.

 

Katanya, selepas merempuh SJR pertama, suspek melarikan diri dan selang 10 minit selepas itu, dia sekali lagi merempuh SJR dengan kereta yang sama dan melarikan diri.

 

"Akibat kejadian itu beberapa peralatan SJR rosak namun anggota polis dan Rela yang bertugas ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

"Anggota polis kemudian menjalankan siasatan dan sejam selepas itu kereta yang dipandu suspek berjaya dikesan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Champin berkata, suspek kemudian ditahan di tepi jalan Kampung Bangsal, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian selepas tayar kereta dipandunya pecah.

 

"Suspek bersama kereta dipandunya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang untuk siasatan lanjut.

 

"Ketika ditahan suspek didapati berada dalam keadaan mabuk," katanya.

 

Menurutnya, suspek kini direman untuk mendapatkan maklumat tujuan atau niat suspek merempuh SJR sebanyak dua kali.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…