Skandal Daihatsu - 40% lebih lama untuk hasilkan model baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Daihatsu akan memanjang tempoh penghasilan model baharu mereka sebanyak 40 peratus dan juga akan menambah jumlah pemeriksa kualiti demi untuk mengelakkan isu-isu skandal standard keselamatan mereka.

Itu adalah antara isi kandungan laporan Soichiro Okudaira, Presiden Daihatsu kepada Menteri Pengangkutan Jepun, Tetsuo Saito.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya sebanyak tujuh kali ganda menjelang Jun ini dan tambahan 50 peratus pekerja yang terbabit dalam prestasi keselamatan.

Ia juga akan mengasingkan jabatan pembangunan dan jabatan pengesahan untuk memudahkan lagi pekerja melaporkan sebarang masalah dalaman.

Untuk berita penuh, layari Asia Nikkei.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Tiga model yang dimaksudkan itu ialah Daihatsu Gran Max, Toyota Town Ace serta Mazda Bongo. Tiada…