TOYOTA AKAN PANTAU PRODUK BAHARU DAIHATSU

oleh Firdaus Razani|
Daihatsu Motor baru-baru ini melaporkan bahawa Toyota Motor Corp. akan bertanggungjawab ke atas proses pembangunan dan pensijilan untuk setiap model kereta kompaknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini.

Toyota akan menugaskan kerja pembangunan sebenar kepada Daihatsu.

Tambahan itu, perubahan akan dilaksanakan bermula dengan model yang sedang dibawah pembangunan.

Pada Disember lalu, Daihatsu telah menghentikan pengeluaran dan penghantaran kenderaan di keempat-empat kilang pemasangan di Jepun kerana skandal itu.

Tiga daripadanya telah beroperasi semula selepas kementerian pengangkutan mengesahkan keselamatan kenderaan tersebut.

Walaubagaimanapun, operasi di ibu pejabat yang tinggal di Wilayah Osaka tidak mungkin dimulakan semula dalam masa terdekat.

Adakah ini juga bermakna kerja kerja pembangunan produk baharu Perodua akan dipantau oleh Toyota juga?

 

SUMBER : The Japan News

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…