Skuter elektrik Eclimo ES-11 kini rasmi - bermula dari RM10,501

oleh Mohamad Hanif|
Eclimo Sdn Bhd dengan kerjasama NanoMalaysia Berhad baru-baru ini melancarkan secara rasmi produk skuter elektrik Eclimo ES-11 untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Eclimo ES-11 boleh didapati dalam empat varian iaitu versi asas, ES-11 Pro, ES-11 Delivery dan juga ES-11 Utility, namun keempat-empat versi skuter ini hadir dengan spesifikasi trenkuasa yang serupa, terdiri daripada motor elektrik 8.05 hp, serta daya kilas 110 Nm.

Pek bateri lithium-ion berkapasiti 3,078 Wh pula membenarkan jarak tunggangan sejauh 100 km untuk sekali cas penuh, dan mampu bertahan untuk 1,000 kitaran pengecasan.
 

Eclimo


Dengan berat sekitar 155 kg, skuter ini juga hadir dengan rim bersaiz 13 inci yang dibaluti tayar 130/60, diikuti oleh brek cakera hidraulik di depan dan brek elektromagnetik di bahagian belakang.

Harga jualan untuk versi asas bermula dari RM10,501.00 atas jalan termasuk pendaftaran dan insurans, sementara versi ES-11 Pro pula bermula dari RM14,500.
 

Eclimo


Dua model yang dikhususkan untuk kegunaan komersial, ES-11 Delivery dan ES-11 Utility masing-masing memiliki tanda harga RM14,500 dan RM14,700.

Pihak Eclimo juga turut menyediakan opsyen yang merangkumi Eclimo Power System (hanya untuk model Utility, RM5,700), tempat meletak barang FRP (RM650 untuk model Delivery, RM2,900 untuk model Utility), dan warna khas (RM750 untuk Delivery, RM1,330 untuk versi Utility).
 

Eclimo


Terdapat juga pelan langganan yang disediakan (terkecuali ES-11 Basic) dengan harga bulanan bermula dari RM600 tidak termasuk deposit serta item yang berkaitan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik…
Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…