Skuter Honda ini adalah khas untuk perkhidmatan penghantaran sahaja dan didatangkan dengan satu tempat duduk sahaja. Pengeluarannya juga dihadkan kepada 200 unit sahaja setahun.
Di antara kelengkapan yang ada ialah dek rata pada bahagian depan dan belakang skuter supaya mudah untuk memuatkan barang hantaran.
Bagi memudahkan kerja, skuter ini mempunyai fungsi bantuan mengundur yang berguna di ruang sempit dan permukaan mendaki.
Model ini memiliki panjang 1.820 mm, lebar 710 mm dan tinggi 1.025 mm dengan jarak roda 1.280 mm.
Honda menawarkan empat model dalam e: Series iaitu BENLY e: I, BENLY BENLY e: I Pro dan BENLY e: II Pro.
BENLY e: I berada dalam kategori Kelas 1 iaitu skuter dengan sesaran enjin kurang atau bersamaan 50cc dan output motosikal elektrik dengan output kurang daripada 0.6 kW.
Kelebihan versi Pro adalah ia hadir dengan bakul hadapan, carrier belakang, pelindung buku jari dan juga brek kaki.
Benly e:1, dalam versi standard dan Pro, mempunyai jarak tunggangan sejauh 87 km, manakala Benly e:2 boleh ditunggang sejauh 43 km bagi kedua-dua versi.
Model BENLY e: digerakkan oleh dua unit Honda Mobile Power Pack (MPP) yang boleh dibuka dan ditukar dengan bateri gantian.
Selain sifar emisi, skuter BENLY e: mempunyai prestasi dakian yang berkuasa dan lancar walaupun dengan muatan barangan.
Setiap model didatangkan dengan dua pek bateri Honda Mobile Power Pack (MPP) yang boleh ditanggalkan dan ditukar, serta dua pengecas.
Harga yang ditawarkan bermula dari 737,000 yen (RM27,921) bagi versi asas dan dari 748,000 yen (RM28,338) bagi versi Pro.