smart #1 Brabus 2023 - 422 hp, 543 Nm, 0-100 kmsj 3.9 saat, jarak gerak 400 km

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang suku keempat tahun ini, smart Malaysia akan melancarkan model EV pertama mereka, iaitu smart #1 2023
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dalam masa yang sama, mereka turut menawarkan varian crossover berprestasi tinggi smart #1 Brabus, dengan penampilan dan gaya yang lebih sporti.

Dari segi kuasa, smart #1 Brabus membawakan dua motor elektrik (satu untuk setiap gandar) dengan sistem pacuan semua roda (AWD), kuasa sehingga 422 hp dan 543 Nm.
 

smart


Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.9 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j, dibantu dengan empat mod pemanduan iaitu Eco/Comfort/Sport/Brabus.

Pek bateri NCM berkapasiti 66 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 400 km untuk sekali cas penuh, selain menyokong pengecasan AC 22 kW (10-80 peratus SoC dalam 3 jam) dan pengecasan DC 150 kW (10-80 peratus SoC dalam 29 minit).

smart #1 Brabus turut menyokong fungsi vehicle-to-load (V2L), selain menawarkan bunyi enjin palsu dan sistem pemanduan pedal tunggal (e-pedal).
 

smart


Antara ciri standard termasuklah sistem lampu LED matriks dengan suluhan adaptif, rim aloi bersaiz 19 inci, kit badan sport Brabus, bumbung suria, rel bumbung, serta pintu tailgate berkuasa elektrik.

Untuk ruang kabin, smart #1 Brabus ini menawarkan ciri seperti tempat duduk sports balutan ultra suede larasan 10 tahap, skrin kluster 9.2 inci, skrin infohibur 12.8 inci, skrin paparan head-up 10 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pengecasan tanpa wayar dan sistem audio Beats dengan 13 pembesar suara.

smart #1 Brabus menawarkan ciri bantuan pemanduan Tahap 2+ yang merangkumi fungsi seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), brek kecemasan autonomi (AEB), bantuan pengelakan pelanggaran depan dan belakang, bantuan lorong, amaran lintasan trafik depan dan belakang, sistem parkir autonomi penuh (FAP), serta tidak ketinggalan bantuan pemanduan di lebuh raya dan kesesakan lalu lintas.
 

smart


Menurut smart Malaysia, harga jualan anggaran untuk crossover elektrik #1 ini bermula dari RM200,000 hingga RM250,000, di mana butiran lanjut bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi yang akan diberitahu kelak.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Seperti mana laporan terdahulu, tiga varian tersedia untuk pasaran Malaysia, iaitu varian aras mula…