smart #1 2024 rasmi di Malaysia, tiga varian, dari RM189k

oleh Mohamad Hanif|
smart Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan crossover elektrik smart #1 untuk pasaran tempatan, dengan harga jualan bermula dari RM189,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti mana laporan terdahulu, tiga varian tersedia untuk pasaran Malaysia, iaitu varian aras mula Pro, diikuti Premium dan varian berprestasi tinggi Brabus.

Secara keseluruhan, smart #1 membawakan ukuran sepanjang 4,270 mm, lebar 1,822 mm, tinggi 1,636 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,750 mm.
 

brabus


Jarak kelegaan tanah pula adalah setinggi 182 mm.

Sistem gantungan terdiri daripada topang MacPherson di hadapan, diikuti tetapan Multilink di belakang dan dibantu dengan sistem stereng bantuan elektrik (EPAS).

Berikut merupakan perincian bagi setiap varian yang ditawarkan:

 

smart #1 Pro (RM189,000)

pro


• Motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
• 268 hp, 343 Nm
• 0-100 km/j 6.7 saat
• Kelajuan maksimum 180 km/j
• Mod pemanduan Eco/Comfort/Sport
• Pemanduan pedal tunggal (E-pedal)
• Pek bateri LFP 49 kWh
• Jarak gerak 315 km (WLTP)
• Pengecasan AC 7.2 kW (10-80% dalam 6 jam)
• Pengecasan DC 150 kW (10-80% dalam 22 minit)
• Unit lampu LED CyberSparks
• Larasan lampu utama manual
• Rim 19 inci Amps, tayar 235/45 R19
• Skrin kluster 9.2 inci
• Skrin tengah 12.8 inci
• Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar
• Sistem audio 5 pembesar suara
• Pengecasan peranti pintar tanpa wayar
• Sistem pencahayaan ambien 64 warna ringkas
• Sistem pendingin hawa dua zon, corong pendingin hawa belakang
• Upholsteri leatherette
• Bumbung bulan panorama
• Penapis N95

 

smart #1 Premium (RM219,000)

premium


tambahan kepada ciri di atas
• Pek bateri NCM 66 kWh
• Jarak gerak 440 km (WLTP)
• Pengecasan AC 22 kW (10-80% dalam 3 jam)
• Pengecasan DC 150 kW (10-80% dalam 29 minit)
• Unit lampu CyberSparksLED + Matrix LED, Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif
• Pelarasan lampu utama automatik
• Lampu membelok LED jenis sekuential
• Jeriji hadapan dan pemegang pintu bercahaya
• Lampu selamat datang, lampu bantuan sisi
• Rim 19 inci Rotor Alloys
• Pintu belakang dengan penderia kaki
• Upholsteri tempat duduk kulit dengan fungsi pengudaraan
• Roda stereng balutan kulit
• Sistem pencahayaan ambien 64 warna
• Logo stereng bercahaya
• Skrin paparan head-up 10 inci berwarna penuh
• Sistem audio Beats 13 pembesar suara

 

smart #1 Brabus (RM249,000)

brabus


tambahan kepada ciri di atas
• Dua motor elektrik, pacuan semua roda
• 422 hp, 543 Nm
• Pecutan 0-100 km/j 3.9 saat
• Pek bateri 66 kWh, jarak gerak 400 km
• Tetapan suspensi sport
• Rim 19 inci Dynamo Alloys
• Kit aero Brabus
• Kemasan dalaman Brabus
• Tempat duduk sports balutan ultra suede, larasan 10 tahap

 

smart

 

Secara standard, semua varian smart #1 datang dengan kelengkapan bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2+, merangkumi ciri berikut:
• Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
• Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
• Sokongan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCMS)
• Sokongan Pengelakan Pelanggaran Belakang (RCMS)
• Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
• Bantuan Kekal Lorong (LKA)
• Amaran Keluar Lorong (LDW)
• Pengelakan Keluar Lorong (LDP)
• Bantuan Penukaran Lorong (LCA)
• Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA) dan Belakang (RCTA)
• Amaran Bukaan Pintu (DOW)
• Pemantauan Titik Buta (BSD)
• Bantuan Lebuhraya (HWA)
• Bantuan Kesesakan Trafik (TJA)
• Bantuan Parkir Autonomi
• Suluhan Tinggi Automatik (AHB)
• Brek Kecemasan Parkir (PEB)
• Bantuan Parkir Visual 360
 

smart


smart Malaysia turut sama menyediakan pakej pemilikan premium merangkumi perkara berikut:

· Jaminan Bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau perbatuan 200,000km
· Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau perbatuan 150,000km
· Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan
· Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan
· Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7
· Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2-tahun (sah sehingga 31 Disember 2023)
· Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2-tahun
· Pakej aksesori percuma bernilai RM2,000
· 5-tahun Data Internet percuma dengan jumlah 60GB
· Perlindungan Insurans smartPlus yang komprehensif

Berita Berkenaan

Berita Domestik
smart #1 telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan ke-3 dalam kategori SUV EV untuk harga kereta…
Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…