SOP Aidilfitri diumum minggu depan - Ismail Sabri

oleh Mohamad Hanif|
Prosedur operasi standard (SOP) untuk Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan pada minggu depan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Begitupun, beliau tidak memperincikan SOP yang bakal diumumkan kerana masih dalam perbincangan dan meminta untuk tunggu sehingga minggu depan.

"Petang ini Jawatankuasa Teknikal akan bincang, kemudian sidang khas MKN (Majlis Keselamatan Negara) biasanya Isnin, jadi kita akan bentangkan.

"Hari ini akan bincang dulu dan Isnin kita akan bentangkan dalam sidang khas MKN yng dipengerusikan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), selepas itu kita buat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian melibatkan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), MGate Emerging Technologies Sdn Bhd dan Human Resource Developmen Corporation (HRD Corp) di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah kemungkinan rentas daerah dilarang semasa Aidilfitri, beliau berkata semuanya bergantung kepada cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Belum tahu lagi, kita tunggu cadangan dari KKM.

"Hari ini Jawatankuasa Teknikal, hari Isnin kita percaya sidang khas MKN (akan diadakan) dipengerusikan Perdana Menteri dan pemimpin lain.

"(Kemudian) Kita akan putuskan, saya percaya mungkin Isnin (keputusan SOP Aidilfitri)," ujarnya

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi…
Berita Domestik
"Jadi, apa-apa prosedur yang tidak terpakai dan relevan pada EV ini kita perlu buat perubahan. Ini…
Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…