SpareXHub tawar diskaun sehingga 80 peratus untuk alat ganti tulen Nissan

oleh Mohamad Hanif|
Tan Chong & Sons Motor Company Sdn Bhd bekerjasama dengan platform e-dagang SpareXHub dengan menawarkan diskaun sehingga 80 peratus untuk alat ganti tulen bagi model-model lama Nissan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan menjadi jenama automotif Jepun yang pertama untuk menyertai platform SpareXHub.

Kerjasama antara kedua belah pihak itu juga menandakan permulaan hubungan jangka panjang antara SpareXHub dan Tan Chong & Sons Motor Company selepas program percubaan yang dilaksanakan dalam tempoh enam bulan membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Senarai inventori alat ganti tulen di platform tersebut tersedia untuk model-model Nissan yang berusia sehingga 36 tahun termasuklah AD Resort, Bluebird, Cefiro, Frontier, Latio, Sentra, Skyline, Sunny, March, Sylphy, Teana, Terrano, Urban dan Vannette.



 

Nissan


Selain ditawarkan untuk pelanggan individu, diskaun sehingga 80 peratus itu turut tersedia untuk bengkel-bengkel bebas dan stokis alat ganti.

Menurut pengasas bersama SpareXHub, Devindran Ramanathan berkata, "penjimatan sehingga 70 peratus atau lebih daripada RM2,000 untuk sepasang lampu depan Nissan Skyline seperti contoh, merupakan satu tawaran yang sukar ditolak, tapi itulah yang dimanfaatkan oleh sesetengah pelanggan.

"Bagi SpareXHub, model perniagaan kami didorong dengan objektif untuk memberikan tawaran menarik untuk alat ganti tulen kepada pemilik kereta.

Memasuki tahun keempat, SpareXHub kini sedang membina inventori maya yang menawarkan 500,000 alat ganti tulen dengan sokongan pangkalan lebih daripada 100,000 orang pelanggan yang semakin berkembang.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.sparexhub.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jualan tersebut akan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang bertempat di gudang DPF Global…
Berita Domestik
Promosi bermula sekarang sehingga 31 Mac ini menawarkan diskaun sehingga 64 peratus untuk alat…
Berita Domestik
SpareXHub menawarkan pilihan lebih daripada 2,500 alat ganti serta komponen tulen BMW dan MINI,…