Spesifikasi Mercedes-Benz A-Class tertiris - dua varian ditawarkan, harga bermula dari RM228k

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi dokumen spesifikasi yang tertiris melalui media sosial, Mercedes-Benz Malaysia dilihat sudah bersedia untuk melancarkan A-Class dengan rupa luaran serba baharu yang moden, sporty dan juga Avantgarde.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara ciri terbaharu yang hadir dalam penawaran A-Class baharu tersebut ialah sistem hiburan multimedia dengan ciri Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang dilengkapi dengan ciri pengecaman suara di mana para pengguna boleh mengaktifkan beberapa operasi menerusi arahan suara secara langsung. 
 


Turut sama hadir ialah paparan skrin lebar beresolusi tinggi yang menggabungkan sistem hiburan dan juga paparan kluster meter masing-masing bersaiz 10.25 inci dengan ciri sambungan kepada peranti pintar menerusi Apple Car Play dan juga Android Auto. 

Sistem KEYLESS-GO merupakan ciri yang hadir buat kali pertama di dalam keluarga A-Class bagi memudahkan urusan keluar masuk seharian. 

Sistem lampu utama jenis LED berprestasi tinggi dengan rekaan lampu nyalaan siang (DRL) yang tersendiri membantu pemandangan di waktu malam dengan suluhan seumpama cahaya siang bagi menyenangkan pandangan mata di samping memberikan pencahayaan yang lebih terang dan jitu. 

Sistem keselamatan standard untuk kedua-dua varian termasuklah beg udara lutut, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Active Brake Assist, Active Parking Assist, Automatic High-beam Control, dan sistem Cruise Control dengan SPEEDTRONIC Speed Limiter. 
 


Terdapat lima pilihan warna yang menanti iaitu Polar White solid, Cosmos Black, Jupiter Red, Iridium Silver dan Mountain Grey, manakala warna dalaman pula didatangkan dalam warna ARTICO black untuk varian terendah dan ARTICO/DINAMICA microfiber black untuk varian tertinggi. 

Mercedes-Benz A Class didatangkan dalam dua penawaran varian iaitu A 200 Progressive Line dan A 250 AMG Line dan harga jualan masing-masing bermula dari RM227,888.00 dan RM263,888.00.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi kedua-dua varian A-Class yang ditawarkan. 

 

Mercedes-Benz A-Class A 200 Progressive Line


Enjin: turbo empat silinder sebaris
Sesaran: 1,332 cc
Kuasa: 163 hp/250 Nm
Transmisi: 7G-DCT klac berkembar automatik
Rim: aloi 18 inci 5 twin-spoke
Pecutan: 8.0 saat dari 0-100 km/j
Kelajuan maksimum: 225 km/j

Harga: RM227,888.00

 


Mercedes-Benz A-Class A 250 AMG Line


Enjin: turbo empat silinder sebaris
Sesaran: 1,991 cc
Kuasa: 224 hp/350 Nm
Transmisi: 7G-DCT klac berkembar automatik
Rim: aloi 18 inci AMG twin-spoke 
Pecutan: 6.2 saat dari 0-100 km/j
Kelajuan maksimum: 250 km/j

Harga: RM263,888.00

Tambahan: pilihan senarai aksesori kosmetik dan rim aloi

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…