Spesifikasi ringkas Proton X90 - 4 varian, enjin 1.5L TGDi Mild-Hybrid, sudah boleh ditempah!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada penghujung bulan Mac lepas, persoalan mengenai satu lagi model SUV jenama nasional telah terjawab melalui pengenalan Proton X90 yang merupakan hibrid ringan pertama daripada syarikat itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika ini, penulis yakin sudah ramai di luar sana yang tertunggu-tunggu mengenai pelancaran rasmi dan harga bagi model SUV tiga baris tempat duduk dari Proton.

 

2

 

Tentu sekali, ianya bakal menjadi salah satu pilihan bagi mereka yang ingin memberikan keselesaan tambahan kepada keluarga.

Proton X90 merupakan model ketiga di dalam siri X Proton, dan bakal ditawarkan dalam empat varian utama iaitu Standard, Executive, Premium dan juga Flagship.

 

3

 

Sementara menunggu pelancaran dan harga rasminya, berikut merupakan spesifikasi dan ciri tambahan mengikut varian untuk memudahkan anda membuat keputusan:

1) Varian Standard

  • Enjin 1.5L TGDi Mild-Hybrid menghasilkan 187 HP dan 300 Nm
  • Transmisi klac berkembar tujuh kelajuan
  • Lampu hadapan LED penuh
  • Rim aloi 18 inci
  • 3 baris 7 tempat duduk
  • Tempat duduk dibaluti fabrik
  • Unit infotainment 12.3 inci
  • Kamera undur

2) Varian Executive

tambahan kepada spesifikasi di atas

  • Sistem pemantauan tekanan tayar
  • But kuasa
  • Tempat duduk kuasa (bahagian pemandu)
  • Tempat duduk dibaluti kulit
  • Tempat duduk hadapan berventilasi
  • Kamera 360 darjah dengan paparan 3D

3) Varian Premium

tambahan kepada spesifikasi di atas

  • Sistem Advanced Driver Assistance System (ADAS)
  • Rim aloi 19 inci
  • Tempat duduk dibaluti kulit Nappa
  • Tempat duduk kuasa (bahagian penumpang)
  • Pengecas tanpa wayar
  • Bantuan parkir auto

4) Varian Flagship

tambahan kepada spesifikasi di atas

  • 3 baris 6 tempat duduk
  • Bumbung matahari panaromik
  • Suis "Boss" tempat duduk penumpang hadapan
  • Tempat duduk kaptain barisan kedua

 

4

 

Dari segi pilihan warna, X90 ditawarkan dengan 6 pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Ruby Red, Marine Blue.

Untuk pilihan warna Cinnamon Brown dan Ruby Red ia ditawarkan bermula dari varian Executive, manakala untuk warna Marine Blue ia ditawarkan bermula dari varian Premium.

Pastinya anda yang sudah lama tertunggu-tunggu boleh menarik nafas lega, Proton X90 2023 kini sudah boleh ditempah, harga juga akan diumumkan kelak.

 

Baca: Proton X90 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Rakyat Bangladesh, Haznah Md…
Berita Domestik
Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola…
Berita Domestik
Rakan media Funtasticko telah berjaya menemukan pendaftaran tanda dagang "Proton X80" menerusi…