PROTON X90 RASMI DILANCARKAN DI BANGLADESH

oleh Firdaus Razani|
Pada 29 Februari lalu, model SUV PROTON, Proton X90 telah dilancarkan secara rasmi di Bangladesh.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Acara tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Rakyat Bangladesh, Haznah Md. Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, dan Pengarah Urusan Kumpulan, RANCON Holdings Berhad, pengedar eksklusif dan rakan kongsi perniagaan PROTON di Bangladesh, Romo Rouf Chowdhury.

 

proton

 

Dua varian X90, iaitu Flagship dan Premium ditawarkan kepada pembeli dalam pasaran eksport keempat untuk model itu.

Sehingga kini, 25 unit telah didaftarkan dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas pelancarannya.

Bersama-sama dengan Proton X70 yang juga ditawarkan di Bangladesh dan dengan lebih banyak tempahan yang telah disahkan dalam perancangan.

 

proton

 

PROTON turut yakin bahawa Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama mereka dapat mencipta niche pasaran sebelum operasi pemasangan tempatan (CKD) bermula akhir tahun ini.

Dr Li Chunrong berkata, “PROTON yakin RANCON Holdings adalah rakan kongsi yang sempurna untuk PROTON berjaya di Bangladesh.

“Dengan lebih banyak tawaran dalam perancangan, serta komitmen kami untuk menyokong semua aspek perkongsian, kami menyasarkan untuk menjadi jenama 3 teratas di Bangladesh dalam tempoh tiga tahun.”tambahnya.

 

proton

 

Komponen penting untuk PROTON mencapai sasaran tingginya di Bangladesh ialah penubuhan barisan pemasangan.

Kilang baharu juga menggalakkan pembangunan pekerja tempatan mahir sambil membangkitkan ekosistem vendor melalui pemindahan teknologi.

 

proton

 

Operasi itu disasarkan akan bermula seawal 2024, dengan piawaian pengeluaran yang ketat dikuatkuasakan bagi memastikan output sepadan dengan kualiti kenderaan yang dibina di Tanjung Malim.

Menurut Dr Li Chunrong, “Untuk memastikan kualiti produk di pasaran eksport yang dipasang secara tempatan adalah setara dengan kenderaan yang dibina di Malaysia, PROTON bersandar pada pengalamannya manggunakan Volvo Global Quality Standard”

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya adalah konsep SUV flagship berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan…
Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…
Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…