SPRM jejak 100 kereta mewah 'Lari Cukai' yang dibawa keluar dari Langkawi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang memburu 100 kereta mewah termasuk model Ferrari dan McLaren yang dibawa keluar dari Langkawi, Kedah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Harian Metro, kereta mewah itu sedang dicari dalam operasi khas SPRM yang dijalankan selepas pemiliknya dipercayai bersekongkol dengan sindiket untuk membawa keluar kereta itu dari Langkawi.

Ianya bertujuan mendapat pengurangan duti kereta mewah secara tidak sah sehingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

Menurut sumber, siasatan SPRM mendapati terdapat 100 kereta mewah yang berada di atas jalan raya di seluruh negara selepas dibawa keluar dari Langkawi oleh sindiket terbabit.

Menurut sumber SPRM, "Kenderaan ini ada yang dibeli pada 2015 lagi dan mendapati ada yang sudah bertukar pemilik asalnya hingga ke pemilik ketiga."

"Dalam fasa pertama operasi khas yang dijalankan di utara negara ini pada 13 Julai lalu, kami berjaya menyita 20 kereta mewah."

"Hasil operasi itu, SPRM berjaya menumpaskan satu sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga RM33 juta.'

"Dalam operasi itu, tujuh individu berjaya ditahan di Kedah dan mereka yang dikesan ini adalah ejen sebuah agensi kerajaan yang bersubahat dengan mengemukakan maklumat palsu."

"Siasatan SPRM mendedahkan suspek itu bersubahat bersama pemilik kereta terbabit dengan mengemukakan dokumen yang mempunyai maklumat palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti kastam."

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 

Sumber: Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semua suspek itu ditahan pada Julai tahun…
Berita Global
Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah,…
Berita Domestik
Sementara itu, katanya meskipun kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang anggaran rasmi mengenai…