Stellantis mahu wujud hab pengeluaran EV serantau di ASEAN

oleh Penyumbang Rencana 2|
Stellantis telah menggariskan rancangan bagi mewujudkan penyelesaian mobiliti baharu di rantau ASEAN, salah satu daripada tiga pasaran utamanya, termasuk hasrat untuk menerajui peralihan kepada elektrifikasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, Stellantis telah mewujudkan platform STLA Medium, pelantar BEV yang menawarkan ciri-ciri canggih dan terbaik di dalam kelasnya, seperti contoh jarak perjalanan sejauh 700 km dan boleh digunakan untuk menghasilkan kenderaan pelbagai tenaga (BEV, ICE, MHEV) untuk pasaran ASEAN. 
 

stellantis


Dengan pelaburan melebihi €400 juta (RM2 bilion), platform STLA Medium itu juga mampu untuk mewujudkan peluang kepada syarikat pembekal dan pengilang tempatan bernilai €990 juta (RM5 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang. 

Selain daripada itu, Stellantis juga komited untuk menerajui peralihan kepada elektrifikasi dalam pasaran ASEAN di mana ia dapat membuka banyak peluang baharu menjangkaui aspek pembuatan, termasuklah pemasangan pek bateri dan peluang pekerjaan baharu berkaitan yang dapat merangsang perniagaan tempatan. 

Untuk itu, Stellantis telah bekerjasama dengan beberapa pihak di rantau ASEAN, seperti contoh perjanjian dengan rakan niaga Indomobil Group di Indonesia untuk memulakan projek pemasangan kenderaan elektrik Citroen pada tahun 2024. 
 

stellantis


Stellantis sebelum ini telah memperoleh 100 peratus kepentingan pemilikan kilang di Gurun, Kedah dan menubuhkan Ibu Pejabat Wilayah India serta Asia Pasifiknya di Kuala Lumpur, iaitu sebagai sebahagian daripada pelan hala tujunya “Built in ASEAN for ASEAN”. 

Stellantis juga sedang menilai potensi kilang di Gurun sebagai hab pembuatan serantau untuk mengeluarkan kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) untuk pasaran domestik dan eksport di ASEAN.

Kilang terbabit kini mengeluarkan model utama Peugeot termasuk 2008, 3008 dan 5008 yang diedarkan ke pasaran di rantau ini termasuk Malaysia, Filipina, Thailand dan Kemboja.

Pembuat kereta itu menyasarkan untuk memiliki lebih 75 BEV dan meraih jualan tahunan BEV global sebanyak 5 juta kenderaan menjelang 2030.
 

STLA


Daniel Gonzalez, Ketua Pegawai Operasi dan Pengedar Am Stellantis bagi ASEAN berkata, “pelan pertumbuhan dan pengembangan ASEAN Stellantis sejajar dengan komitmen global syarikat untuk mencapai output karbon sifar bersih menjelang 2038 dengan mengurangkan kesan kepada alam sekitar dan menggalakkan kemampanan. Sebahagian besar rancangan ASEAN kami tertumpu pada inovasi yang membabitkan peralihan kepada elektrifikasi dan teknologi. Ini akan meletakkan Stellantis di barisan hadapan dalam era baharu penyelesaian mobiliti.” 

“Potensi EV sangat besar di ASEAN dan kami mahu menerajui pengembangan elektrifikasi di rantau ini. Kami mahu menghasilkan EV di ASEAN, serta melibatkan pembangunan dan kejuruteraan kenderaan yang disesuaikan dengan keperluan khusus pengguna tempatan di rantau ini,” ujarnya lagi. 

Penulis: Firdaus Razani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…